Sunday, 8 December 2013

~ SuPeR FrIeNdS GiVeAwAy By AiNa, AfiQa & E ! ~ ★‿★


 


Harapan dalam sebuah persahabatan ;)

Persahabatan yang dijalinkan mestilah ada sesuatu yang kita harapkan dalam hubungan yang terjalin. Dalam dunia yang fana ini, kita tidak punya sesiapa, melainkan diri kita sendiri. Namun, dalam kita hidup bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sebuah nilai persahabatan. Hubungan persahabatan yang kita harapkan agar kita mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Kita mengharapkan persahabatan yang kita jalinkan mempunyai nilai keikhlasan dan kejujuran yang tak mungkin dapat digambarkan. Tidak kisahlah sahabat yang kita kenali berada dalam dunia maya atau nyata. Jika kita semaikan nilai keikhlasan dalam hubungan yang terjalin, InsyaAllah Allah akan pelihara hambaNya yang berkasih sayang sesama sahabat. Allahu Allahu. Betapa indahnya sebuah akrab persahabatan :)

Sangat beruntung andai kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Bahkan selalu berada di sisi kita saat kita memerlukan bisikan semangat saat kita benar-benar memerlukannya. Sahabat kita mendengar luahan hati kita, beraneka rasa. Gembira, kecewa, takut, bahagia, derita dan sebagainya. Harapan dan impian turut dikongsikan bersama tanpa ada perasaan segan silu, cemburu. Sebaliknya perasaan untuk membantu dan menyokong kita untuk kita terus berusaha menggapai sebuah kejayaan. Sahabat juga yang mendengar masalah dan rintihan. Dia turut memberikan jalan sebagai laluan penyelesaian. Dalam menuju Sang Ilahi, erti sebuah persahabatan turut diuji. Insan yang bergelar sahabat bersama-sama mencari erti solehah di mata Sang Pencipta. Aurat terjaga, maruah terpelihara. Inilah sebuah harapan yang setiap insan impikan untuk mempunyai seorang sahabat yang bersama-sama ingin menuju ke syurgaNya InsyaAllah :)

Nukilan Ukhuwah Nurul Nadhirah Norsalim ;)

Waktu-waktu terakhir ini,
Menyedarkan aku betapa,
Singkatnya kehidupan ini,
Tidak semua kita fahami,
Tidak semua kita mengerti,
Walaupun telah lama bersama,
Aku tetap berusaha,
Untuk menjadi seorang sahabat,
Yang tanamkan tanah-tanah kemaafan,
Yang siramkan wangian mawar kasih,
Yang taburkan bunga-bunga kenangan,
Agar ukhuwah persahabatan kita tidak kontang,
Dan terus mekar hingga ke syurga Allah. 

Salam Ukhuwahh sahabat! ;)

  Sahabat sejati itu ibarat berlian, sangat berharga dan jarang dimiliki. Sahabat palsu itu ibarat dedaun, sangat mudah bertemu di mana sahaja. 

Sahabat Blogger : Fatin Umira, Nurul Azwa

* May Allah Bless Us :)



   
Kamsahamnida!  ;D
  






No comments:

Post a Comment

Boucing Multi-Colored Bow Tie RibbonBoucing Multi-Colored Bow Tie RibbonBoucing Multi-Colored Bow Tie RibbonBoucing Multi-Colored Bow Tie RibbonBoucing Multi-Colored Bow Tie RibbonBoucing Multi-Colored Bow Tie RibbonCute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon