Indahnya Sebuah Kembara Hijrah! ;)
*****
Aku memerhati langit biru yang terbentang luas. Sangat luas! SubhanAllah SubhanAllah. Aku mula memikir sejenak. Sampai bila aku mahu teruskan kehidupan aku sebagai seorang hamba yang biasa. Biasa dalam segala-galanya. Termasuk ibadahku kepadaNya. Dia Yang Maha Berkuasa. Aku mula memikirkan persoalan yang singgah di lekuk fikiranku. Aku terus mencari. Mencari dan terus mencari jawapan. Aku menjadi runsing mengenangkan nasib aku di akhirat kelak? Bagaimana nanti keadaan aku di sana? Aku terdiam sejenak. Aku mula menekan suis di dinding. Aku mula membelek laptop. Kemudian, aku terfikir untuk mencari info yang berkaitan dengan seorang hamba yang biasa ingin menjadi hamba yang luar biasa dengan PenciptaNya. Sambil mencari info di laman web google aku terjumpa kata-kata hikmah yang menaikkan semangat aku untuk terus mencari jawapan yang bermain di fikiran aku. Aku tersenyum membaca kata-kata hikmah itu. Iyaa laa, kata-kata itu mampu mengingatkan diri ini sekaligus membantu aku mendapatkan jawapan yang dicari. :)
*****
... Allah itu cintaNya tidak bersyarat! ...
Aku mula terfikir, bagaimana nasib kita jika Allah itu meletakkan pelbagai syarat untuk Dia memberikan pelbagai nikmat yang kita kecapi sekarang? Allahu Allahu. Tak terlintas di fikiran apa yang akan berlaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Aku juga terfikir bagaimana nasib kita sekiranya Allah berkira dengan hambaNya sendiri? Lagi tidak dapat aku gambarkan apa yang bakal berlaku kepada isi seluruh pelusuk bumi. Allah Allah. Aku menarik nafas sambil beristighfar. Sesungguhnya, istighfar dapat menghapuskan dosa-dosa kita walau sebanyak buih di lautan. Allahu Allahu. Begitu banyak dosaa aku Ya Allah. Engkau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Aku mula memohon doa dalam hati. Semoga Allah ampunkan debu-debu dosa aku. Allah, Allah. Tak terhitung dosaku selama ini! T.T
*****
Aku menekan New Tab dan aku mula menaip Youtube. Aku mendengar alunan zikir munajat dan zikir-zikir pilihan sebagai halwa telinga. Aku teruskan perjalanan aku di laman sesawang mencari maklumat yang berkaitan. Kemudian, aku terbaca satu kata-kata semangat yang membuatkan aku tidak sabar untuk perlahan-lahan aku kayuh melakukan perubahan. Yaa, perubahan! Itu yang perlu aku laksanakan. Setelah 13 tahun aku menjadi hamba Allah yang biasa, aku bertekad untuk menjadi hamba Allah yang luar biasa. Alhamdulillah, aku telah menemui jawapan yang aku cari. Aku tersenyum bahagia setelah sekian lama persoalan aku terjawab. Jawapan yang mempunyai sejuta makna untuk seorang hamba Allah seperti aku. Aku hanya hamba Allah yang biasa, bertekad mahu menjadi hamba Allah yang luar biasa. InsyaAllah! Moga Allah redha dengan nawaitu ini. Amiin Ya Allah. Inisiatif yang aku mampu lakukan buat masa ini ialah perubahan. Perubahan untuk menjadi lebih baik. Aku nekad mahu berhijrah!
*****
Bila dah ada nawaitu, aku mula-mula pelan merangkak membelek-belek buku agama. Yaa, buku agama. Aku nak tambah ilmu yang tak seberapa nak ada ni. Lagi banyak baca, lagi banyak yang kita tak tahu. Aku bertambah semangat nak menggali sebanyak yang mungkin pepasir ilmu yang ada dalam buku. Aku kena berazam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Yakin dengan gerak hati yang Allah kurniakan. Sungguh, hidayah milik Allah. Hanya milik Dia. Allahurabbi. Aku membelek dan mula berfikir kata-kata yang aku jumpai. Aku menjadi semakin bersemangat untuk mencari dan terus mencari ilmu-ilmu yang boleh aku gunakan untuk berhijrah. Aku yakin, dengan rajin mencari ilmu InsyaAllah Allah akan permudahkan urusanku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Aku hanya mampu berdoa saat ini. Hanya doa yang mampu aku panjatkan agar Allah tetapkan hati ini di jalan yang diredhaiNya. Aku yakin, doa merupakan senjata orang mukmin.
*****
... Allah sayang orang yang banyak beribadah. Namun, orang yang selalu bertaubat lebih disayangi Allah. Jangan tunggu umur kita 60 tahun, baru kita nak bertaubat. Berusahalah bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. Allah bagi peluang kita bertaubat tanda Allah sayang. Hargailah peluang taubat sebaik mungkin ...
Aku lebih bersemangat memikirkan kata-kata ini. Allahu Allahu. Aku mula memikirkan jalan yang aku perlu lakukan untuk berhijrah ke arah lebih baik. Taubat kepada Allah, aku perlu utamakan. Nabi Muhammad yang maksum pon selalu melaksanakan solat sunat taubat, inikan pula aku manusia biasa yang sering leka dan alpa melakukan dosa. Allahu Allahu. Betapa kerdilnya diriku ini. Malu rasanya kepada Dia yang menciptakan aku. Saat aku leka dengan duniawi, aku terlupa betapa indahnya taubat. Saat aku mengeluh betapa besarnya dosa, aku terlupa besar lagi pengampunanNya. Aku bersyukur kerana Allah telah gerakkan hati aku untuk kembali dekat dengan Dia. Hanya Allah yang mampu gerakkan hati manusia. Kalau kita dah dinamakan manusia, kita memang tidak terlepas daripada melakukan dosa termasuk diriku sendiri. Hanya taubat sahaja yang mampu mengurangkan debu dosa kita. Debu dosa yang berterbangan sana sini. Allahu Allahu. Hati ini menjadi sayu memikirkan dosa yang aku lakukan. Aku hanya menjadi hamba Allah yang biasa dalam beribadah. Aku tidak berusaha menjadi hamba Allah yang luar biasa. Sungguh, aku mula menyesal kerana aku lambat bertindak sebelum ini. Namun aku tetap bersyukur dengan gerak hati yang Allah berikan pada aku saat ini untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Aku akan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku perlu jaga nawaituku hanya kerana Dia. Yaa, hanya keranaNya. Bukan kerana sesiapa. Bukan kerana paksaan. Aku sendiri yang mahukan penghijrahan berlaku. Semoga Allah permudahkan.
*****
Detik demi detik berlalu. Permulaan penghijrahan bermula dengan penambahbaikan. Perbaiki diri dalam pelbagai aspek. Aku perlu perbaiki diri. Aku berazam seolah-olah tahun baru. Aku mahu perbaiki hubungan aku dengan Pencipta terlebih dahulu. Aku mahu perbaiki ikatan hubungan aku dengan DIA. DIA yang menciptakanku. Tanpa Dia, aku bukan sesiapa. Aku terdiam memikirkan segala nikmat yang Allah berikan kepada aku. Namun, apa yang aku balas? Adakah aku bersyukur dengan pemberian nikmatnya? Ungkapan istighfar mula bermain di bibirku. Allah, begitu banyak kesilapan yang aku lakukan. Aku harus berubah! Aku harus berubah!
Kemudian aku mula membelek pakaian yang ada di dalam almari yang berwarna kelabu muda. Aku memerhati pakaian dan tudung yang aku miliki di dalam almari. Banyak persoalan mula bermain di fikiranku. Adakah pakaian yang aku miliki sudah menutup auratku? Adakah pakaian yang aku miliki bertepatan dengan syariat yang telah Allah tetapkan? Aku mula mengambil pakaian yang ada di dalam almari. Aku mencuba dan melihat diriku di cermin. Sungguh, kita mempunyai dua pilihan untuk kita memilih pakaian untuk kita keluar rumah. Pilihan yang pertama ialah menutup aurat dan mendapat redha Allah manakala pilihan yang kedua ialah membalut aurat dan mendapat murka Allah. Allahu Allahu. Aku berada di tahap yang mana? Alhamdulillah, aku mempunyai ibu bapa yang tidak gemar dengan pakaian ketat. Aku bersyukur! Tindakan yang aku perlu lakukan saat ini ialah aku mahu perbaiki diri aku. Aku mehu menutup aurat dan berusaha untuk mendapat redhaNya. InsyaAllah.
*****
Aku terus mencuba pakaian di dalam almari. Sampai satu tahap, aku teringat sarung kaki yang mak belikan untuk aku memakainya. Sebelum ini, sarung kaki tersimpan di dalam laci. Allah Allah. Aku berjaya menemui di mana cacat celanya pemakaian aku. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bergegas ke almari dan membuka laci mengambil sarung kaki yang berwarna coklat muda. Kemudian, jeritan mak di bawah memanggil aku. Aku menyahut panggilan mak dengan segera. Mak mengajak aku keluar ke rumah sahabat mak. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju untuk menemani mak ke rumah sahabatnya. Aku dah siap! Tidak perlu ambi masa yang lama untuk keluar ke rumah sahabat mak. Pengalaman pertama aku memakai sarung kaki keluar rumah. Ya Allah, begitu selesa! Aku rasa seolah-olah kaki aku selamat dan lebih terjaga. Terjaga disebalik sarung kaki. Indahnya memakai sarung kaki! Kalau aku dapat undurkan masa, aku akan memakai sarung kaki keluar rumah. Kadang-kadang manusia sering lupa. Kaki juga merupakan aurat. Aku khilaf! Ampunkan aku Ya Allah. Sejak itu, aku istiqamah memakai sarung kaki. Aku semakin selesa. Sebaliknya, ketika aku tidak memakai sarung kaki, terasa sangat tidak selesa. Alhamdulillah Ya Allah. Semoga Engkau tetapkan hatiku agar terus istiqamah dengan penghijrahan ini Ya Allah. Aku terus berdoa dalam setiap sujud terakhir dan selepas solat.
*****
Firman Allah :
Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat mengingati ( Surah Al-A'raf Ayat 26 )
Selepas aku mula istiqamah dengan pemakaian sarung kaki, aku sedar banyak hikmah yang Allah selitkan. Apa yang Allah suruh kita buat, semua adalah untuk kebaikan diri kita sendiri tanpa kita sedar. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allahu Allahu. Hikmah yang utama yang aku perolehi saat aku istiqamah dengan pemakaian sarung kaki yang utama ialah lambang ketaatan wanita berduri kepada Allah dan Rasul. Allah telah mewajibkan wanita muslimah menutup aurat. Kaki juga termasuk dalam kategori aurat. Mungkin sebelum ini aku leka dengan duniawi, aku lalai dan alpa. Dan waktu itu, aku masih dibelenggu dengan kejahilan. Alhamdulillah, aku mula sedar sedikit demi sedikit. Sungguh, hidayah milik Allah! Tanpa Dia, aku mungkin tidak mendapat hidayahNya. Allahu Allahu. Segala puji hanya untuk Allah. AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! Hikmah yang Allah selitkan pemakaian sarung kaki adalah untuk melindungi wanita muslimah dengan perasaan malu. Bahkan, menjadi penyuci hati muslimah dalam pakaian taqwa. Indah sungguh hikmah yang Allah selitkan bersama dengan perintahnya. Aku mula teringat info yang aku pernah cari di laman google sebelum ini.
Nabi pernah bersabda :
Malu itu sebahagaian daripada iman, dan iman tempatnya ialah syurga. Iman dan malu itu berkembar, apabila diangkat salah satu daripadanya, maka yang satu lagi akan terangkat.
*****
Aku kembali membuka laptop yang berada di atas meja. Jari jemariku menjadi ringan saat ini untuk aku terus mencari info-info yang dapat membantu penghijrahan aku kali ini. Sambil mencari, aku teringat bait-bait kata yang pernah terungkap. Aku tidak ingat bila aku mendengarnya. Namun, memoriku seringkali mengingatkan aku tentang bait-bait katanya. Sungguh indah. Hatiku menjadi sebak bila aku mula menghayatinya. Sungguh, Allah yang gerakkan hati kita. Hatiku begitu tersentuh memikirkan kata-katanya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Hambamu merindukan,
Rahmat kasih sayangmu,
Dan jua keredhaanMu,
Dalam hidupku.
Meskiku ulangi dosa noda,
Yang menjanjikan azab sengsara,
Namunku sedari,
KeampunanMu tidak bertepi.
Ku akui diri ini,
Hamba yang mungkir pada janji-janji,
Jadikanlah tauba ini yang sejati padaMu Ilahi.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku,
Ya Allah, redhakanlah kehidupaku,
Moga terhapus penghijab kalbu,
Antara Kau dan aku.
Allah,
Ku zalimi diri ini,
Andai Kau tak ampuni dan rahmati,
Alangkah ruginya diri.
Allah,
Jangan Kau palingkan hati ini,
Setelah Kau beri hidayah,
Sesungguhnya, Kau Maha Pengasih.
Aku terdiam seketika. Hati aku menjadi sayu. Sayu mendengar bait-bait kata ini. Allahu Allahu.
*****
Aku terlelap selepas aku cuba mengingat bait-bait kata yang sangat indah. Aku terjaga dari lena. Lena yang sementara. Syukur! Aku masih diberikan pinjaman nyawa. Pinjaman nyawa untuk aku bertaubat atas dosa-dosa aku selama ini. Tidak pernah ada istilah terlambat untuk kita bertaubat. Allah memberikan kita peluang untuk bertaubat selagi pintu taubat terbuka seluas-luasnya. Yaa, terbuka seluas-luasnya untuk kita. Hamba Pendosa! Yang tak lari daripada melakukan silap dan salah. Pintu taubat sentiasa terbuka luas. Allahurabbi, betapa Allah sayangkan kita hamba Dia.
Sungguh, hati ini mudah rapuh. Mudah goyah dengan ujian duniawi. Iman di hatiku tidak kukuh seteguh simen yang tahan lasak. Aku hanya mampu berharap dan berdoa agat diteguhkan iman di hati. Ayuh menjadi hamba! Ayuh perbaiki diri menjadi hamba yang luar biasa. Allahu Allahu. Semoga dipermudahkan nawaitu ini. Semoga Allah pelihara hanya keranaNya. Aku teringat ungkapan kata yang sangat indah. seringkali aku jumpa di laman sosial facebook, twitter, blog dan sebagainya. Aku selalu menghayatinya. Aku selalu sematkannya di dalam jiwa agar aku tidak lupa, tidak leka. Sangat menarik kata-katanya!
Jika engkau perlukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu menjadi seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran menjadi bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.
Prakata ini membuatkan hatiku sangat tersentuh membacanya. Tiap-tiap kali aku terleka, aku mengulang membacanya. Prakata yang mampu mengingatkan aku untuk menjadi yang lebih baik. Aku bertekad, mahu berhijrah ke arah lebih baik. InsyaAllah! Bismillah, Rabbi Yassir Wala Tua'sir, Rabbi Tammim Bil Khair. Amiin Ya Allah. Setangkai doa yang kerap kali aku amalkan. Doa yang diajarkan oleh arwah tok dan wan aku suatu ketika dahulu kepada ibu bapaku. Kini, mereka mengajar aku dan adik beradik yang lain doa yang sama. Doa yang kerap aku amalkan untuk aku memulakan sesuatu pekerjaan. InsyaAllah, mustajab! Doa ini mengandungi banyak khasiat jika diamalkannya.
*****
Aku terfikir sendirian. Bagaimana agaknya kalau Allah itu jenis berkira dengan kita sebagaimana kita berkira sesama manusia? Allah Allah. Tak terbayang di fikiran kita. Itu semua di luar kotak fikiran kita hamba pendosa. Allah sebenarnya tidak berkira dengan kita. Walaupun banyak kesalahan yang kita lakukan, kita tidak ikut perintah Dia, Allah tetap memberikan penglihatan, pendengaran malah pelbagai nikmat tanpa kita sedari. Bahkan, Allah sayang dan cintakan kita melebihi cinta seorang ibu kepada anaknya. Tidakkah kita sedar betapa besarnya cinta Allah kepada kita? Aku terdiam seketika. Aku lebih semangat berazam mahu berubah! Aku harus tekad! Tak terhitung rasanya nikmat yang Allah berikan kepada aku. Apa yang dapat aku rasakan saat ini ialah hatiku menjadi semakin tenang. Tenang dengan hubungan aku dengan Dia. Allahu Allahu. Aku berasa sangat bahagia saat ini bila dekat dengan Dia yang menciptakan aku.
Ilmu adalah cahaya. Dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat ( Imam Syafie )
Terasa kerdilnya diri ini apabila aku mula mengembara mencari ilmu untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Aku bertekad mahu meneruskan penggembaraan ini memburu ilmu selagi ada hayat untuk diriku pendosa ini. Indahnya sebuah kembara hijrah berlandaskan ilmu yang dicari apabila kita memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian dengan penuh keyakinan dan ketakwaan. Ayuh tajdidkan nawaitu kita hanya kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. Tanamkan dalam diri, aku berhijrah hanya kerana Allah! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! Semoga Allah pelihara kita agar terus istiqamah dan ditetapkan hati kita yang mudah goyah ini dalam mengejar keredhaan Allah. InsyaAllah, doa senjata orang mukmin.
Hidup ini merupakan satu kembara..
Kembara mencari sinar cahaya..
Petunjuk menyuluh jalan penggembara..
Harta akhirat menjadi kaya..
Kalau kita mengejar dunia, Allah akan memberikan dunia.
Kalau kita mengejar akhirat, Allah pasti memberikan dunia dan akhirat.
InsyaAllah, Wallahua'lam ...
Alhamdulillah Ya Allah, kini aku terasa makin tenang. Ketenangan yang ditemui bila diriku yang kerdil ini dekat dengan Dia. Dia Sang Pencipta. Sungguh, aku benar-benar merasai betapa indahnya sebuah kembara hijrah. Allahu Allahu. Segala pujian hanya untuk Dia. Alhamdulillah ;)
~ TAMAT ~
Nurul Nadhirah Norsalim
Penggembara Pendosa
Facebook : Nurul Nadhirah Norsalim
Twitter : NadirahNorsalim
Tenang je bace cerpen ni. banyak pengajaran yang saya dapat dari cerpen ni. :)
ReplyDeleteAllahu Allahu. Alhamdulillah kalau ada pengajaran. Nadhirah budak baru belajar. Salam ukhuwah sahabat! Thankyouu sudi bacaa cerpen Nadhirah yang tak seberapa nie. :)
ReplyDelete