Bismillah..
Kalau saya dapat duit RM 300, saya ingin membelanjakan duit tersebut dengan sebaik mungkin. Antaranya :
Yang pertama. Saya akan menghadiahkan kepada Abah dan Mak barangan kegemaran mereka. At least, depa dah seronok dapat barang kegemaran mereka. Sepanjang bergelar anak, Nadhirah memang ada hajat nak gembirakan hati mak abah. Yang paling utama kejayaan dalam pelajaran. Yang paling diutamakan. InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat RM 300 nie, Nadhirah akan gunakan sebaik mungkin. Hadiahkan barangan kegemaran mak abah yang akan diutamakan. Moga Allah permudahkan.
Yang kedua. Saya mempunyai niat untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Kebanyakan penceramah yang datang ke surau yang Nadhirah pergi menunaikan solat terawih memerlukan dana untuk mereka membina sekolah pondok untuk para remaja, pondok untuk warga emas, pondok untuk mualaf dan sebagainya. Kebanyakannya memerlukan sedikit dana untuk menampung perbelanjaan kos yang sangat banyak. InsyaAllah, sekiranya saya mendapat wang tunai tersebut, saya berniat untuk memberi sedikit dana untuk membantu para penceramah yang datang. Kebanyakannya membuka sekolah tahfiz dan pondok. InsyaAllah dengan izinNya.
Yang ketiga. Saya mempunyai adik beradik yang menghadapi masalah mata. Sepanjang kehidupan mereka di universiti, mereka berusaha tiga kali ganda lebih berbanding orang lain memandangkan mereka menghadapi masalah mata. Saya mempunyai impian untuk mengembirakan hati mereka dengan menghadiahkan kepada mereka sesuatu yang bernilai di mata mereka. Memandangkan masalah mata yang dihadapi oleh mereka tidak mempunyai rawatan buat masa sekarang. Saya memasang impian untuk memulihkan semangat mereka yang agak down apabila berhadapan dengan orang lain yang normal. Doakan kesihatan mata adik-beradik saya. Agar makin cerah pada masa akan datang dengan izinNya walaupun pakar mata seluruh dunia tidak menemui rawatan untuk penyakit ini.
Prof Dr Muhaya turut memberikan kata semangat kepada pesakit 'Retinitis Pigmentosa' melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O dalam segmen yang berkaitan penglihatan mata. Moga semua pesakit RP tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah termasuk adik beradik saya. Doakan mereka yaa sahabat sekalian. Moga Allah permudahkan.
* May Allah Bless Us :)
Kamsahamnida! Syukran ;D
gud luck dear!! niat baik,, insyaallah dipermudahkan jalannya :)
ReplyDeleteInsyaAllah, syukran akak :)
ReplyDeleteNiat kamu sangat baik ^_^
ReplyDeleteTakdak rezeki yang nie. InsyaAllah ada rezeki yang lain :)
ReplyDelete